RSS

kelebihan hari raya

 assalamualaikum..
hari ni nurfa ada baca satu blog ni tajuk " kelebihan hari raya" .jadi, nurfa nk kongsi skt....


Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh itu umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban.
Sehubungan dengan inilah Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur." Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.
Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyariatkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan. Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud: "Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir."
Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. Firman Allah SWT, maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." Daripada hadis pula sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.
Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis. Ini bermakna, seseorang muslim itu adalah digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan mati pada hari kiamat.
Adalah lebih baik mengemas rumah, menjahit baju yang masih belum siap, menggosok pakaian raya untuk persiapan solat pagi raya bagi membesarkan Allah, menggantung langsir dengan niat mencantikkan rumah, kerana Allah suka kepada yang indah dan cantik, daripada menghabiskan sepanjang malam raya dengan menonton rancangan televisen, apatah lagi rancangan hiburan, filem, seloka Aidilfitri, mendengar lagu raya yang mengasyikkan, kerana tindakan itu sedikit sebanyak boleh menjejas pahala yang kita raih sepanjang bulan Ramadan.
Aktiviti pagi raya
1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu.
2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki.
3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat.
4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.
5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan.
Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
7. Menceriakan suasana hari raya dengan memberi anak-anak sampul duit raya (sebagai amalan 'idkhal as-surur' iaitu menggembirakan orang lain terutama kanak-kanak.) - mks.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih

Assalamualaikum…
Lama nurfa tak menulis dlm blogni…ramadhan dah nak habis, raya dah nk sampai…
Ada rasa gembira ada pula rasa sedih..emmm
Apapun nurfa syukur kat allah krn kurniakan byk nikmat….
Hari ni nurfa nak kongsi sikit apa yg nurfa dpt dari kelebihan tarawih

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih

Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi (s.a.w) tentang Fadhilat (kelebihan) Sembahyang Sunat Terawih pada bulan Ramadan.
Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang Terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
Malam 3 : Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang Terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 : Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat , Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70,000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 : Seolah-seolah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi (a.s) menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang Terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim (a.s).
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad (s.a.w).
Malam 10 : Allah (s.w.t) mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 : Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang Terawih serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah (s.w.t) tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan kedalam syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 : Seru malaikat : Hai ! Hamba Allah. Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 : Allah (s.w.t) tinggikan darjatnya didalam syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang yang solihin
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada nur .
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 : Allah (s.w.t) binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika sujud).
Malam 25 : Allah Ta'ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah (s.w.t) kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah (s.w.t) kurniakan kepadanya pahala seribu kali Haji Mabrur
Malam 30 : Allah (s.w.t) beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman : " Hai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) yang bernama Al-Kauthar".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS