RSS

Perutusan Aidilfitri 1432H Presiden HALUAN Malaysia

assalamualaikum...
macam ne raya thn ni?..
emmm..ari ni nurfa nk kongsi satu ucapan yg tlh nurfa dgr ...
nk tahu maklumat lanjut sila layari (http://haluansiswa.haluan.org.my)
nk tgk video klik sini (http://www.youtube.com/watch?v=n_M40sXCJN0)


Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Segala puji dan syukur kepada Allah SWT, Rab sekalian alam di atas segala nikmat dan rahmat yang telah dianugerahkan kepada kita sebagai hamba-hambaNya. Tasbih, tahmid dan istighfar kita ucapkan bagi menyucikan segala dosa, noda dan kekurangan diri kita yang tidak pernah lekang dari kecuaian serta kelalaian.
Selawat dan salam kita lafazkan khusus untuk junjungan besar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, utusan terakhir, petunjuk kepada mereka yang rindukan hidayah, inginkan kesejahteraan dan juga keberkatan di dunia dan akhirat.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa kesyukuran dengan penuh kerendahan dan perhambaan kepada Allah SWT, kerana memberikan peluang dan kesempatan untuk sama-sama kita menyambut hari kemenangan bagi umat Islam. Aidilfitri pada tahun ini harus disambut dengan penuh perasaan keimanan, ketakwaan dan kegembiraan yang hakiki.
Lafaz takbir yang bergema di pagi Syawal yang hening, menunjukan suatu simbolik menyatakan kebesaran dan keagungan terhadap Allah SWT kerana mengurniakan kemerdekaan jiwa yang bebas daripada belenggu syaitan dan hawa nafsu. Inilah hakikat sebuah kemerdekaan dan kemenangan.
Hari kemenangan bagi hamba-hamba Allah SWT yang berjaya kembali kepada fitrah setelah sebulan melalui madrasah Ramadan al-Mubarak. Madrasah latihan kejiwaan secara intensif bagi mendidik hati-hati manusia meraih darjat takwa yang sebenarnya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kelebihan hari raya

 assalamualaikum..
hari ni nurfa ada baca satu blog ni tajuk " kelebihan hari raya" .jadi, nurfa nk kongsi skt....


Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh itu umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban.
Sehubungan dengan inilah Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur." Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.
Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyariatkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan. Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud: "Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir."
Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. Firman Allah SWT, maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." Daripada hadis pula sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.
Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis. Ini bermakna, seseorang muslim itu adalah digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan mati pada hari kiamat.
Adalah lebih baik mengemas rumah, menjahit baju yang masih belum siap, menggosok pakaian raya untuk persiapan solat pagi raya bagi membesarkan Allah, menggantung langsir dengan niat mencantikkan rumah, kerana Allah suka kepada yang indah dan cantik, daripada menghabiskan sepanjang malam raya dengan menonton rancangan televisen, apatah lagi rancangan hiburan, filem, seloka Aidilfitri, mendengar lagu raya yang mengasyikkan, kerana tindakan itu sedikit sebanyak boleh menjejas pahala yang kita raih sepanjang bulan Ramadan.
Aktiviti pagi raya
1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu.
2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki.
3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat.
4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.
5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan.
Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
7. Menceriakan suasana hari raya dengan memberi anak-anak sampul duit raya (sebagai amalan 'idkhal as-surur' iaitu menggembirakan orang lain terutama kanak-kanak.) - mks.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih

Assalamualaikum…
Lama nurfa tak menulis dlm blogni…ramadhan dah nak habis, raya dah nk sampai…
Ada rasa gembira ada pula rasa sedih..emmm
Apapun nurfa syukur kat allah krn kurniakan byk nikmat….
Hari ni nurfa nak kongsi sikit apa yg nurfa dpt dari kelebihan tarawih

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih

Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi (s.a.w) tentang Fadhilat (kelebihan) Sembahyang Sunat Terawih pada bulan Ramadan.
Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang Terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
Malam 3 : Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang Terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 : Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat , Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70,000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 : Seolah-seolah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi (a.s) menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang Terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim (a.s).
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad (s.a.w).
Malam 10 : Allah (s.w.t) mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 : Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang Terawih serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah (s.w.t) tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan kedalam syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 : Seru malaikat : Hai ! Hamba Allah. Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 : Allah (s.w.t) tinggikan darjatnya didalam syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang yang solihin
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada nur .
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 : Allah (s.w.t) binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika sujud).
Malam 25 : Allah Ta'ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah (s.w.t) kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah (s.w.t) kurniakan kepadanya pahala seribu kali Haji Mabrur
Malam 30 : Allah (s.w.t) beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman : " Hai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) yang bernama Al-Kauthar".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

teka teki Iman Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"
>Murid 1 = " Orang tua "
>Murid 2 = " Guru "
>Murid 3 = " Teman "
>Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
>Murid 1 = " Negeri Cina "
>Murid 2 = " Bulan "
>Murid 3 = " Matahari "
>Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita  tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
>Murid 1 = " Gunung "
>Murid 2 = " Matahari "
>Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = " Apa yang palin berat didunia "
>Murid 1 = " Baja "
>Murid 2 = " Besi "
>Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke  neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
>Murid 1 = " Kapas"
>Murid 2 = " Angin "
>Murid 3 = " Debu "
>Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling
ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
>Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

langkah tercipta

hari ni nurfa teringat kat surat shabat nurfa bg... dia kata

"fatini....
kdg memang kita tak larat tp...
bile ana pikr2 balek...
itu semu ujian AllAH..."

pastu...shbt nurfa ni nasyid satu lagu ni...

semalam aku kelukaan
kecewa kehampaan mencalar ketabahan
mimpi yang sering ku harapkan 
menjadi kenyataan
namun tak kesampaiaan....

Allah....
ingin ku hentikan langkah ini
bagaikan tak mampu untuk bertahan
semangat tenggelam
lemah daya ...haruslah aku mengalah
namun jiwa ku berbisik inilah dugaan...

dan mataku kini terbuka
pada hikmah dugaan
uji keimanan...
tak dilontarkannya ujian di luar
kekuatan setiap diri insan...

Allah....
pimpinlah diriku tuk bangkit semula
meneruskan langkah ...perjuangan ini
cekalkan hati dan semangat mu
kurniakan ketabahan....
agar mimpi jadi nyata
padamu ku meminta
daku memohon ampun kurdatmu wahai 
tuahan yang satu segala darimu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Barang siapa hafal tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di
sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau
sebanyak busa/buih laut "

1.    Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.    Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3.    Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4.    Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5.    Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6.    Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7.    Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

EMPIRE MIRACLE OF SYNERGY CAMP 3

Pada 3 JUNE 2011 , KeArah Kelantan telah mengadakan Empire Miracle Of Synergy Camp (EMOSI) telah selamat berlangsung di Kuala Krai. 5 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Kampung Laut (SMAKL) telah berjaya mengendalikan dan sebagai fasilitator dalam kem ini.
           Pelbagai aktitivi telah dijalankan antara aktiviti yang menambat hati para peserta termasuklah  ‘explorace’,  ‘minda kreatif’ dan ‘synergy up’.
‘ Minda kreatif ’ adalah nama bagi pertandingan memasak. Setiap kumpulan diberi bahan-bahan untuk memasak dan diawasi oleh para fasilitator. Melalui aktiviti ini kita dapat mencungkil dan melihat kebolehan mereka dalam memasak.



pecah belon die!!


cepat!!!

1,2,3..mula !!!

pecah belon akak fesi!!

tinggal 2 org lagi!1

kecil lawan  besar

lawan.... lawan.....

wak pe tu amir??

berdiri atas kertas!!

pegang kemas2

selamat 2


sabar sabar/...

oh...tidak jgn tumbang

masih selamat ?

cepat kalahkn die..(dua org lg)

x roboh lg ke??




jom bace doa!!

suapan kasih sayang


romantiknye!!

"kami pewaris islam"

bersemangat

kump kuning

kump purple

kump. hijau

kump. merah jambu

kump. pink





mcm2 gaya ade?

bersemngat !!

ape nih??

"mak , adik lapar ni!!"






ni raja memasak!!!

sedapnye!!






checkpoint 2 (kak ain jaga)

checkpoint5 ...best dgr cite

kak asma'

hafal!!! kak zati dah marah tuh!!!


"ambil wudhuk betul2"

"kami pewaris islam , insyaallah"


wa salammualaikum......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS