![]() |
| hape beday azifah (15 april) |
happy beday to kak Zifah
10 Perkara Sia-sia Dalam Kehidupan
| Menyedari hidup terlalu singkat tetapi sangat berharga maka Islam bukan sahaja melarang kita melakukan perkara-perkara dosa, malah perkara yang sia-sia. Bahkan, jika seluruh masa dalam hidup ini dihabiskan dalam ketaatan pun, manusia masih tidak mampu membalas seluruh kebaikan Allah SWT. |
Menurut Ibn Qayyim Al Jauzi dalam kitab Al-Fawaid, ada 10 perkara sia-sia yang jika kita lakukan, insyaAllah ianya berkesan menggagalkan kehidupan kita samada di dunia, juga diakhirat.
1. Ilmu yang tidak diamalkan.
2. Amalan yang tidak disertai keikhlasan atau tidak mengikut contoh baik umat terdahulu (sunnah rasulullah dan sahabat).
3. Harta yang ditimbun, kerana pemiliknya tidak dapat memanfaatkannya semasa hidupnya mahupun mendapat ganjaran dengannya (harta tersebut) di akhirat.
4. Hati yang tiada perasaan cinta dan harap kepada Allah, dan berusaha menghampirkan diri kepadaNya
5. Tubuh badan yang tidak mematuhi suruhan Allah dan berkhidmat untukNya
6. Mencintai Allah tanpa mematuhi suruhanNya dan mencari keredhaanNya
7. Masa yang tidak digunakan untuk menghapuskan dosa (bertaubat, beramal baik dsb) dan digunakan untuk melakukan amal kebaikan.
8. Akal fikiran yang berfikir perkara sia-sia.
9. Bekerja/berkhidmat untuk seseorang yang tidak mendekatkan diri kita kepada Allah, mahupun memberikan manfaat buat kamu di dunia.
10. Mengharap dan merasa takut pada seseorang yang pada hakikatnya tertakluk sepenuhnya pada kekuasaan Allah; sedangkan dia sendiri tidak dapat memberi apa-apa manfaat atau bencana kepada dirinya sendiri; apatah lagi dalam urusan hidup dan mati, dan tidak juga berupaya menghidupkan kembali dirinya sendiri.
Namun, perkara yang lebih besar daripada segala yang tersebut di atas ialah membazir hati/jiwa dan masa. Membazir hati/jiwa ialah dengan mengutamakan kehidupan dunia berbanding akhirat, manakala membazir waktu ialah dengan angan-angan. Kehancuran berlaku apabila seseorang itu bertindak mengikut hawa nafsu dan berangan-angan, sedangkan kebaikan hanya dapat diperolehi dengan mengikut jalan yang benar dan bersiap sedia untuk bertemu dengan Allah.
Tidakkah pelik, seorang hamba itu apabila berhadapan masalah dalam hidupnya (duniawi), dia memohon bantuan Allah, tetapi dia tidak pula memohon pertolongan Allah untuk menyembuhkan hati/jiwanya yang sakit sebelum ia (hati) mati akibat kejahilan, kelalaian, mengikut hawa nafsu dan bergelumang dengan bidaah. Walhal, apabila hati itu mati, maka dia tidak lagi merasa keseriusan kesan dan akibat dosa yang dia lakukan.
KuNcI hati Yang TERtutur menurut Iman Al-Ghazali:
- Mengutamakan mujahadah -- berjuang melawan kehendak nafsu yang menyeleweng dari jalan Allah.
- Menghapuskan semua sifat2 mazmumah -- peribadi yang celaka.
- Menjauhi maksiat -- perkara yang boleh mengotori hati.
- Banyak bertawakal kepada Allah -- pergantungan sepenuhnya kepada Allah.
- Zuhud -- meninggalkan kecintaan dunia yang melampau dan melalaikan.
- Ikhlas kerana Allah -- dengan keikhlasan itu hati akan suci dan bersih lalu dipenuhi "nur"
- Membaca Al-Quran -- terbuka sinar hati dan mudah menerima ilmu.
- Berusaha menjauhi tuntutan syaitan -- syaitan musuh no 1 manusia.
- Merujuk kepada Al-Quran dan Hadis -- sumber rujukan yang sempurna kepada akal manusia.
- Mengamalkan ilmu yang di pelajari -- ilmu perlu diamal
MuSliM sEjaTi..
![]() | ||||||
| muslim sejati |
2.Abu Bakar Al-Sidiq
Langkah2 muslim sejati : 1.muhasabah diri
2. meletakan azam
3. merancang strategik
4. istiqamah
5. selalu amal amaln yang mulia
Saat aku terjatuh engkau senantiasa berusaha membuatku bangkit
Saat aku tersenyum, engkau pun tersenyum dengan indah
Saat aku bersedih, engkau senantiasa menghiburku
Dan saat aku melakukan kesalahan, engkau senantiasa menegurku…
Tidak mengenal waktu, tempat, kapan dan dimana
Engkau selalu siap siaga membantuku
Engkau selalu membantuku disaat aku kesulitan
Engkau selalu ada saat aku membutuhkanmu
Ukhtifillah..
Kutahu diriku dan dirimu tidak lahir dari rahim ibu yang sama
Namun, persaudaraan yang kita jalin, sungguh melebihi dari persaudaraan kandung…
Engkau menjalin persaudaraan denganku bukan karena melihat pintar atau bodohnya aku
Bukan karena melhat cantik dan jeleknya diriku
bukan karena melihat kaya atau miskinnya keluargaku..
Tapi, engkau dan diriku bersaudara hanya karena satu alasan….
Yaa… Fillah..karena Allah…
Ukhtifillah…
Kuingat diriku yang penuh kekurangan ini..
Saat aku berdiri dihadapanmu dengan segudang masalah yang kuhadapi..
Kutampakkan wajah kusamku di hadapanmu..
Tapi, dirimu begitu sabar menghadapiku…
Wajah masamku tak membuatmu berhenti untuk tersenyum padaku dan mengatakan
"Ukhti, senyum dulu dong…"
Walaupun bibir ini teramat sulit untuk tersenyum di saat itu
Tapi hati ini begitu bahagia..bahagia karena engkau senantiasa menghiburku..
Ukhtifillah…
Jika boleh diri ini meminta…
Aku mohon kepadamu..
Jangan pernah menjauh dariku
Tetaplah bersamaku dalam menghadapi ujian di jalan dakwah
Jangan pernah berhenti menasehatiku jika berbuat kesalahan
Dan maafkan diriku jika pernah membuatmu terluka…
Ukhtifillah…
Ku ingin berada di mimbar cahaya kelak bersamamu…
Ku ingin meraih syurga dengan dirimu…
Karena sungguh..ku mencintaimu karena Allah….
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
JuBaH UntuK iBu..
KISAH ANAK HARIMAU
Kenapa Perempuan Cantik Pakai Tudung?
1. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia nak tutup aurat.
2. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia jaga maruah..diri..dan keluarga.
3. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab.. Sebab dia cantik.
4. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia tak hendak tunjuk kecantikan dia..kecuali pada yang berhak.
5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia seorang yang pandai..pandai jaga diri.
5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia anak solehah…
6. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia dengar cakap mak bapak dia..
7. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia hormati orang lain..
8. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab takut apabile dia tak pakai tudung orang tengok dia cantik..dan ada niat yang tak baik..
9. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak diminati ramai lelaki sangat..
10. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak menyusahkan orang lain..
11. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat pahala..
12. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..
13. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya dapat menjadi contoh pada perempuan lain..
14. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya lelaki yang beriman saja yang suka dia..
15. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab mendengar suruhan Nabi…
16. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. Jadi dia tak nak sewenang2nya menunjuk kepada lelaki.. Kerana jika dia menunjuk maknanya dia dah tak bernilai kerana mahkota dia telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga).
17. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..
18. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab patuh pada suami..
19. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab paling penting.. Dia orang Islam…
20. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?.
Sebab dalam Al-Quran suruh dia pakai tudung.. Kalau orang Islam tapi tak berpegang pada Al- Quran.. Nak berpegang pada apa lagi..??
21. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal anda memang cantik lah kalau pakai tudung.. Orang lelaki memang suka org perempuan yang pakai tudung…
22. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal mereka tahu kalau tak pakai tudung mereka akan “syok sendiri” yang mereka tu lawa… Rugi lah kalau begitu… Pakailah tudung wahai muslimah Islam.. Serius ni…
23. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasai dia tak mahu orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2… Mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yang baik… .
24. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab … … Banyak lagi sebab…
pastu ada seorang bertanya, perempuan yang tak bertudung tu tak cantik la ye? haa, sape nak jawab?
p/s: cantik itu subjektif…
semua org dilahirkan cantik…
apatah lagi jika mengikut syarak yang ditentukan Allah. kan?
http://www.cikedis.com/kenapa-perempuan-cantik-pakai-tudung
KeBerKatan maJliS iLmU...
mempunyai
malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis
zikir, apabila
mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir,
maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan
sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir
dan langit dunia.
Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka
para malaikat itu
naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla
padahal Allah telah
mengetahuinya :
"Dari mana kalian datang ?"
Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di
bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."
Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"
Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."
Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"
Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."
Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan
memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang
mereka mohon untuk
diselamatkan."
Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si
Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian
ikut duduk bersama mereka."
Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua
adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di
situ akan mendapatkan celaka." (HR. Bukhari Muslim)
Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw.
bersabda : "Apabila berkumpul
suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an
dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka,
rahmat Allah
melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah
menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para
malaikat)."
(HR. Muslim)
Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga.

PaleStiN1!!
teks ucapan dari Syeikh Abu Bakar yg sempat menghadirkan diri ke KTD pd hari penutup kem jati diri
"Assalamualaikum, saudaraku yang menunaikan solat berjemaah, saudaraku yang mengamalkan amal maghruf nahi mungkar, yang membantu kemenangan perjuangan Allah dan Rasulullah, yang membantu membebaskan Al-Aqso dan Palestin.."Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Kewajipan palestin adalah merupakan tanggungjawab dan amanat kita semua, seluruh ummat Islam.
Al-Aqso merupakan sebahagian dari akidah kita, Al-Aqso merupakan masjid ke-2 yang dibina oleh Rasulullah, masjid ke-3 yang disucikan, tempat di mana berlakunya isra' mikraj, pernah dibebaskan dengan darah para sahabat.
BAntulah perjuangan kaum muslimin di palestin sebelum Allah bertanya apa perjuangan kita bagi membebaskan Palestin & masjid al-aqso..
kewajipan kita membebaskan palestin dan Al-aqso merupakan fardhu ain............
"apakah kalian berfikir mudah untuk memasuki syurga Allah begitu saja sedangkan kamu tidak pernah berjihad & bersabar di jalan Allah"
"barangsiapa yg tinggal dan tidak ikut berjihad @ tidak bercakap tentang berjihad maka diakhirat nanti dibangkitkan sebagai seorang munafik"
kita perlu berjihad dengan segala benda yang ada, jika mampu dengan tenaga, berjihadlah dengan tenaga. jika tidak mampu berjihadlah dengan bekalah (harta) memberi bantuan kepada para mujahidin, berjihad dengan nyawa, harta atau lisan yakni dengan perkataan yang baik serta melakukan amal maghruf nahi mungkar. berjihadlah dengan pengetahuan, tarbiyah, ketahanan diri daripada melakukan dosa kepada Allah dan akhirnya berjihadlah dengan doa (senjata org mukmin).
"penindasan ini sudah lebih daripada 60 tahun. 12 juta penduduk sekarang bertebaran di kem-kem pelarian di sekitar masjid al-Aqso. ratusan ribu syahid.. rumah-rumah hancur, tembok-tembok pula sudah dibina oleh zionis, 12 ribu kaum muslimin di tahan. namun orang palestin tak akan pernah berhenti berjuang melepaskan palestin dan Al-Aqso daripada zionis, mereka akan tetap berjuang..
ini adalh pertayaan kaum muslimah kami buat para muslimin,
"apa yg telah kalian lakukan bagi membebaskan Palestin? sedangkan kami telah mengorbankan harta kami, perhiasan yg dimiliki, kami telah infakkan anak-anak kami, para pemuda kami dan diri kami. apa yang telah kalian lakukan untuk membebaskan Al-Aqso? pertahankanlah tanah bersih palestin dari tangan zionis israel.
itulah ucapan Syeikh Abu Bakar yg sempat ditulis RnR, tak mungkin kan tgn RnR mampu menyamai kelajuan percakapan penterjemah itu, lagipun kelemahan RnR dalam menghafal surah, mengakibatkn RnR x dpt meneka surah apa yang dibaca syeikh.~
(pelu dipastikan tiada isi yg salah fahami akibat kebatasan ilmu pengetahuan RnR jesteru akan ditanya kepda yg lebih pakar dahulu~)
p/s: salin dr RnR
????














