RSS

KeBerKatan maJliS iLmU...




Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah
mempunyai
malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis
zikir, apabila
mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir,
maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan
sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir
dan langit dunia.


Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka
para malaikat itu
naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla
padahal Allah telah
mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"


Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di
bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan
memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang
mereka mohon untuk
diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si
Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian
ikut duduk bersama mereka."


Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua
adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di
situ akan mendapatkan celaka." (HR. Bukhari Muslim)


Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw.
bersabda : "Apabila berkumpul
suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an
dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka,
rahmat Allah
melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah
menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para
malaikat)."
(HR. Muslim)


wahai nusaibah,
rajin, rajinlah bawa diri ke mjlis ilmu.
masuk semester dua nanti,
dalam kelas ikhlaskan hati.
kalau malas, perbaiki diri.
jika leka, muhasabah kembali.
sesungguhnya;


Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga.


Baik kan Allah?
Allah sangat Baik :)

Oleh itu,
hati, jangan takut kalau masa membunuh diri.
assignments pula menanti.
mahu ulang kaji lagi.
training pula tak henti, henti.
usrah juga asyik merisik diri.









Dalam nota Cinta, Dia dah kata;

A005
A006


Sesungguhnya, bersama kesukaran itu, ada kemudahan,
Sesungguhnya, bersama kesukaran itu, ada kemudahan

94: 5-6




Lihat, Allah faham, lagi mengerti.
telah di ulang dan ditegaskan kembali bahawa,
tiap kesusahan ad kemudahan, ada resolusi, ad hikmah.
InsyaAllah.

Jadi, wahai jiwa,
Tak perlu stress melampau, jika next semester di takdirkan diri untuk lebih berusaha.

Kerana kita adalah ciptaan Allah, Allah sekali-kali tidak akan mengabaikan.

Apabila kita menangis, Dia akan bersimpati dan mendengar segala rintihan.

Apabila kita melonjak kegirangan, Dia akan turut gembira dengan kegembiraan tersebut.

Apabila kita berasa gundah dan kesepian, Dia akan memberikan semangat.

Apabila kita jatuh, Dia lah yang akan membangkitkan.

Apabila kita keletihan, Dia akan membantu.

Allah akan tetap bersama-sama kita, hinggalah ke hari yang akhir dan Dia menyayangi

kita selama-lamanya, kerana Dia adalah Pencinta yang Setia.



Manis kan Allah? :')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan