1. SALIMUL ‘AQIDAH
Memiliki ‘aqidah yang salimah (sejahtera), jauh dari syirik (kecil & besar). Firman Allah
“Jika kamu syirik maka terbatallah amalan kamu…”
(Surah Az-Zumar: 65)
Hidup mati dengannya. Lahir segala amalan adalah dari cetusannya. Aqidah inilah yang menundukkan jiwanya untuk membelanjakan segala yang dimiliki ke jalan Allah S.W.T., samada masa, tenaga, harta malah jiwanya.
Aqidah sahabat Nabi S.A.W. menjadi contoh unggul samada di medan jihad, pengorbanan dan sebagainya. Amanah, menepati janji, ithar, memperhambakan diri kepada Allah S.W.T. dalam semua medan kebaikan.
Aqidah yang meresap ke jiwa yang membantu pemiliknya di waktu-waktu susah, waktu-waktu ujian dan tapisan, bukan aqidah yang berbentuk mainan minda sahaja.
2. SAHIHUL IBADAH
Ibadah yang merangkumi segenap aspek kehidupan, bukan sekadar ibadah khusus. Firman Allah S.W.T.:
$tBur àMø)n=yz £`Ågø:$# }§RM}$#ur wÎ) Èbrßç7÷èuÏ9
“TidakKu (Allah) ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu”
(Surah Az-Zariyat: 56)
Seluruh kehidupan adalah ibadah. Untuk menjadi ibadah:
1. Niat setiap amalan mesti betul, ikhlas kerana Allah.
2. Amalan tidak bercanggah dengan syara’ dan termasuklah zikir-zikir hendaklah ma’thur.
Dengah itu semua amalan menjadi ibadah. Bumi di mana kita berada adalah Mihrab dan ladang. Dengan itu kehidupan Muslim semuanya Rabbaniyah dan menjadi ‘Abdan Rabbaniyan.
3. QAWIYUL JISM / QUWWATUL BUNYAH
Kuat tubuh badan, supaya mampu memikul tanggungjawab da’wah dan kerja-kerja jihad untuk mencapai cita-cita.
RasuluLlah S.A.W. bersabda:
"المؤمن القوى خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف، وفى كل خير"
“Seorang mu’min yang kuat lebih baik dan disukai Allah S.W.T. dari mu’min yang lemah, dan setiap golongan ada kebaikannya.”
(Riwayat Muslim)
Di sana terdapat banyak hadith dan sunnah yang dapat membantu untuk menjaga kesihatan dan keselamatan fizikal. Akh Al-‘Amil dituntut supaya menjaga kesihatan الوقاية خير من العلاج (prevention is better then cure).
Demikian juga diingatkan supaya mengurangkan meminum kopi dan teh, menjauhkan merokok, menjaga kebersihan tempat tinggal, pakaian, tempat bekerja. Demikian juga menjauhi sama sekali perkara-perkara yang memabukkan.
4. MUTHAQQAFATUL FIKR (Pemikiran yang luas/berilmu)
Tiga perkara asas:
1. Memahami dengan jelas tentang diri dan ruang lingkupnya supaya dapat disampaikan dengan baik, lengkap, bersih dan asli.
2. Memahami zuruf alam Islami dahulu dan sekarang.
· Kegiatan musuh yang memberi kesan buruk terhadap Islam
· Mengenal golongan yang bekerja di medan dakwah
· Halatuju, uslub dan cara untuk membantu dan bekerjasama dengan mereka yang terlibat dalam medan amal Islami
3. Mempertingkatkan bidang takhassus yang berkaitan dengan kehidupan seperti perubatan, kejuruteraan, pertanian, perniagaan, perindustrian dan sebagainya.
Pendukung aqidah bersungguh-sungguh di medan ini untuk mengambil tempat dan mengisi kekosongan dalam membina masyarakat.
Kebanyakan ilmu-ilmu baru asanya diletakkan oleh ulama’ Islam terdahulu.
Pelajar-pelajar yang bekerja di medan dakwah hendaklah menjadi pelajar yang excellent dalam bidang akademik untuk dakwah dan diikatkan serta dihubungkan ilmu dengan keimanan kepada Allah. Firman Allah S.W.T.:
“Bacalah! Dengan menyebut nama Rabb kamu”
(Surah Al-‘Alaq: 1)
5. MATINUL KHULUQ / AL-AKHLAQUL MATINAH
Akhlak yang unggul merangkumi semua kegiatan hidup, sikap, tingkahlaku, mulut-lidah, pergaulan dengan orang ramai, kaum keluarga, jiran, kawan sekerja malah dengan siapa saja yang ia berinteraksi dan bergaul.
Pendukung aqidah menjadi contoh ikutan kepada siapa yang didakwahkan, Islam diperlihatkan dalam bentuk amali tidak teori semata-mata. Islam yang diperlihatkan dalam bentuk amali lebih berkesan pada hati dari sekadar cakap semata-mata.
Sabda RasuluLlah S.A.W.:
أكمل الموءمنين ايمانا أحسنهم خلقا وخياركم خياركم لنساءهم
“Orang mukmin yang paling sempurna iman ialah mereka yang terbaik akhlaknya dan orang yang terbaik dari kalangan kamu ialah orang yang baik terhadap isteri-isteri mereka”
(Riwayat at-Tirmizi)
Contoh ikutan kita ialah Rasulullah saw:
انما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
“Sesungguhnya saya diutuskan ialah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
أثقل ما يوضع فىالميزان يوم القيامة تقوى الله وحسن الخلق
“Perkara yang paling berat yang diletakkan di atas timbangan di hari kiamat nanti ialah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik”.
Rijal dakwah perlu menghiasi hati dan diri dengan akhlak yang mulia (mahmudah) menggantikan akhlak yang buruk (mazmumah). Tidak berubah dengan berubahnya zuruf dan suasana. Perkara ini perlu diberi perhatian dan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
0 ulasan:
Catat Ulasan