RSS


Saat aku terjatuh engkau senantiasa berusaha membuatku bangkit
Saat aku tersenyum, engkau pun tersenyum dengan indah
Saat aku bersedih, engkau senantiasa menghiburku
Dan saat aku melakukan kesalahan, engkau senantiasa menegurku…
Tidak mengenal waktu, tempat, kapan dan dimana
Engkau selalu siap siaga membantuku
Engkau selalu membantuku disaat aku kesulitan
Engkau selalu ada saat aku membutuhkanmu





Ukhtifillah..
Kutahu diriku dan dirimu tidak lahir dari rahim ibu yang sama
Namun, persaudaraan yang kita jalin, sungguh melebihi dari persaudaraan kandung…
Engkau menjalin persaudaraan denganku bukan karena melihat pintar atau bodohnya aku
Bukan karena melhat cantik dan jeleknya diriku
bukan karena melihat kaya atau miskinnya keluargaku..
Tapi, engkau dan diriku bersaudara hanya karena satu alasan….
Yaa… Fillah..karena Allah…

Ukhtifillah…
Kuingat diriku yang penuh kekurangan ini..
Saat aku berdiri dihadapanmu dengan segudang masalah yang kuhadapi..
Kutampakkan wajah kusamku di hadapanmu..
Tapi, dirimu begitu sabar menghadapiku…
Wajah masamku tak membuatmu berhenti untuk tersenyum padaku dan mengatakan
"Ukhti, senyum dulu dong…"
Walaupun bibir ini teramat sulit untuk tersenyum di saat itu
Tapi hati ini begitu bahagia..bahagia karena engkau senantiasa menghiburku..

Ukhtifillah…
Jika boleh diri ini meminta…
Aku mohon kepadamu..
Jangan pernah menjauh dariku
Tetaplah bersamaku dalam menghadapi ujian di jalan dakwah
Jangan pernah berhenti menasehatiku jika berbuat kesalahan
Dan maafkan diriku jika pernah membuatmu terluka…

Ukhtifillah…
Ku ingin berada di mimbar cahaya kelak bersamamu…
Ku ingin meraih syurga dengan dirimu…
Karena sungguh..ku mencintaimu karena Allah….


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JuBaH UntuK iBu..

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.“Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KISAH ANAK HARIMAU



Pada zaman dahulu ada seekor anak harimau tinggal di dalam hutan tanpa ibunya. Anak harimau ini jalan-jalan….tiba2, ada sekumpulan kambing terlihat anak harimau itu. Lalu kambing betina mencadang supaya anak harimau tersebut dijadikan anak angkat mereka. Anak harimau pun tinggal dengan kambing. 

Hari2 harimau ini makan rumput dan mengembek “bek….bek……bek….”. Harimau ini semakin membesar sehingga suatu hari, sang harimau berjalan mencari makan. Sekian lama berjalan, sang harimau merasa dahaga, lalu ia pun pergi ke pinggir laut untuk dapatkan air. Setelah harimau tersebut melihat muka harimau di dalam air, anak harimau yang membesar itu terkejut “siapakah aku yang sebenar??Kenapa aku tidak menyurapai ayah dan mak aku(kambing)?? Adakah aku kambng atau harimau??? “.  Harimau segera mencari jawapan ..ia berjumpa dengan sang zirafah yang sangat tinggi. Lalu, harimau itu bertanya kepada sang zirafah “siapakah aku yang sebenar??Adakah aku kambing atau  harimau???” Sang zirafah menjawab dalam ketakutan “kau adalah seekor harimau…raja segala rimba” zirafah lari ketakutan. Sang harimau mengetahui sipakah dirinya.. Ia melari sekuat kuat hati dan mengaua.

PENGAJARAN: ??????

*sorry tersilap tulis!! .~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Perempuan Cantik Pakai Tudung?

1. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia nak tutup aurat.
2. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia jaga maruah..diri..dan keluarga.
3. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab.. Sebab dia cantik.
4. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia tak hendak tunjuk kecantikan dia..kecuali pada yang berhak.
5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia seorang yang pandai..pandai jaga diri.
5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia anak solehah…
6. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia dengar cakap mak bapak dia..
7. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia hormati orang lain..
8. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab takut apabile dia tak pakai tudung orang tengok dia cantik..dan ada niat yang tak baik..
9. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak diminati ramai lelaki sangat..
10. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak menyusahkan orang lain..
11. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat pahala..
12. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..
13. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya dapat menjadi contoh pada perempuan lain..
14. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya lelaki yang beriman saja yang suka dia..
15. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab mendengar suruhan Nabi…
16. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. Jadi dia tak nak sewenang2nya menunjuk kepada lelaki.. Kerana jika dia menunjuk maknanya dia dah tak bernilai kerana mahkota dia telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga).
17. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..
18. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab patuh pada suami..
19. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab paling penting.. Dia orang Islam…
20. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?.
Sebab dalam Al-Quran suruh dia pakai tudung.. Kalau orang Islam tapi tak berpegang pada Al- Quran.. Nak berpegang pada apa lagi..??
21. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal anda memang cantik lah kalau pakai tudung.. Orang lelaki memang suka org perempuan yang pakai tudung…
22. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal mereka tahu kalau tak pakai tudung mereka akan “syok sendiri” yang mereka tu lawa… Rugi lah kalau begitu… Pakailah tudung wahai muslimah Islam.. Serius ni…
23. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasai dia tak mahu orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2… Mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yang baik… .
24. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab … … Banyak lagi sebab…
pastu ada seorang bertanya, perempuan yang tak bertudung tu tak cantik la ye? haa, sape nak jawab?
p/s: cantik itu subjektif…
semua org dilahirkan cantik…
apatah lagi jika mengikut syarak yang ditentukan Allah. kan?


http://www.cikedis.com/kenapa-perempuan-cantik-pakai-tudung

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KeBerKatan maJliS iLmU...




Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah
mempunyai
malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis
zikir, apabila
mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir,
maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan
sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir
dan langit dunia.


Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka
para malaikat itu
naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla
padahal Allah telah
mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"


Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di
bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan
memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang
mereka mohon untuk
diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si
Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian
ikut duduk bersama mereka."


Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua
adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di
situ akan mendapatkan celaka." (HR. Bukhari Muslim)


Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw.
bersabda : "Apabila berkumpul
suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an
dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka,
rahmat Allah
melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah
menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para
malaikat)."
(HR. Muslim)


wahai nusaibah,
rajin, rajinlah bawa diri ke mjlis ilmu.
masuk semester dua nanti,
dalam kelas ikhlaskan hati.
kalau malas, perbaiki diri.
jika leka, muhasabah kembali.
sesungguhnya;


Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga.


Baik kan Allah?
Allah sangat Baik :)

Oleh itu,
hati, jangan takut kalau masa membunuh diri.
assignments pula menanti.
mahu ulang kaji lagi.
training pula tak henti, henti.
usrah juga asyik merisik diri.









Dalam nota Cinta, Dia dah kata;

A005
A006


Sesungguhnya, bersama kesukaran itu, ada kemudahan,
Sesungguhnya, bersama kesukaran itu, ada kemudahan

94: 5-6




Lihat, Allah faham, lagi mengerti.
telah di ulang dan ditegaskan kembali bahawa,
tiap kesusahan ad kemudahan, ada resolusi, ad hikmah.
InsyaAllah.

Jadi, wahai jiwa,
Tak perlu stress melampau, jika next semester di takdirkan diri untuk lebih berusaha.

Kerana kita adalah ciptaan Allah, Allah sekali-kali tidak akan mengabaikan.

Apabila kita menangis, Dia akan bersimpati dan mendengar segala rintihan.

Apabila kita melonjak kegirangan, Dia akan turut gembira dengan kegembiraan tersebut.

Apabila kita berasa gundah dan kesepian, Dia akan memberikan semangat.

Apabila kita jatuh, Dia lah yang akan membangkitkan.

Apabila kita keletihan, Dia akan membantu.

Allah akan tetap bersama-sama kita, hinggalah ke hari yang akhir dan Dia menyayangi

kita selama-lamanya, kerana Dia adalah Pencinta yang Setia.



Manis kan Allah? :')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

laGu HaLuAn mAlAYsia.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PaleStiN1!!



teks ucapan dari Syeikh Abu Bakar yg sempat menghadirkan diri ke KTD pd hari penutup kem jati diri

"Assalamualaikum, saudaraku yang menunaikan solat berjemaah, saudaraku yang mengamalkan amal maghruf nahi mungkar, yang membantu kemenangan perjuangan Allah dan Rasulullah, yang membantu membebaskan Al-Aqso dan Palestin.."Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Kewajipan palestin adalah merupakan tanggungjawab dan amanat kita semua, seluruh ummat Islam.
Al-Aqso merupakan sebahagian dari akidah kita, Al-Aqso merupakan masjid ke-2 yang dibina oleh Rasulullah, masjid ke-3 yang disucikan, tempat di mana berlakunya isra' mikraj, pernah dibebaskan dengan darah para sahabat.
BAntulah perjuangan kaum muslimin di palestin sebelum Allah bertanya apa perjuangan kita bagi membebaskan Palestin & masjid al-aqso..
kewajipan kita membebaskan palestin dan Al-aqso merupakan fardhu ain............
"apakah kalian berfikir mudah untuk memasuki syurga Allah begitu saja sedangkan kamu tidak pernah berjihad & bersabar di jalan Allah"
"barangsiapa yg tinggal dan tidak ikut berjihad @ tidak bercakap tentang berjihad maka diakhirat nanti dibangkitkan sebagai seorang munafik"
kita perlu berjihad dengan segala benda yang ada, jika mampu dengan tenaga, berjihadlah dengan tenaga. jika tidak mampu berjihadlah dengan bekalah (harta) memberi bantuan kepada para mujahidin, berjihad dengan nyawa, harta atau lisan yakni dengan perkataan yang baik serta melakukan amal maghruf nahi mungkar. berjihadlah dengan pengetahuan, tarbiyah, ketahanan diri daripada melakukan dosa kepada Allah dan akhirnya berjihadlah dengan doa (senjata org mukmin).
"penindasan ini sudah lebih daripada 60 tahun. 12 juta penduduk sekarang bertebaran di kem-kem pelarian di sekitar masjid al-Aqso. ratusan ribu syahid.. rumah-rumah hancur, tembok-tembok pula sudah dibina oleh zionis, 12 ribu kaum muslimin di tahan. namun orang palestin tak akan pernah berhenti berjuang melepaskan palestin dan Al-Aqso daripada zionis, mereka akan tetap berjuang..
ini adalh pertayaan kaum muslimah kami buat para muslimin,
"apa yg telah kalian lakukan bagi membebaskan Palestin? sedangkan kami telah mengorbankan harta kami, perhiasan yg dimiliki, kami telah infakkan anak-anak kami, para pemuda kami dan diri kami. apa yang telah kalian lakukan untuk membebaskan Al-Aqso? pertahankanlah tanah bersih palestin dari tangan zionis israel.
itulah ucapan Syeikh Abu Bakar yg sempat ditulis RnR, tak mungkin kan tgn RnR mampu menyamai kelajuan percakapan penterjemah itu, lagipun kelemahan RnR dalam menghafal surah, mengakibatkn RnR x dpt meneka surah apa yang dibaca syeikh.~
(pelu dipastikan tiada isi yg salah fahami akibat kebatasan ilmu pengetahuan RnR jesteru akan ditanya kepda yg lebih pakar dahulu~)

p/s: salin dr RnR

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

????


Salam sejahtera buat semua.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” 


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.
Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.
(Dilawati sebanyak 14,895 kali, 876 kali hari ini)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

saLam ma'aL hijRah


Selamat bercuti kepada yang bercuti.
Selamat meneruskan kerja pada yang bekerja hari ini.
Alhamdulillah,
masih diberi Allah umur kita pada hari ini untuk menyedut udara tahun islam yang baru.
3 minggu masih berbaki untuk ke tahun baru Masihi.

Azam?
Malas nak berazam yang lebih²,
hanya berusaha untuk menjadi lebih baik dari yang semalam
Lagipun tak perlu tunggu tahun baru untuk buat perubahan kan?
Bila² pun boleh!

Untuk seketika ini,
Salam Maal Hijrah buat semua!
Moga kita semua menajdi yang lebih baik dari yang sebelumnya, insyaAllah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS